Seorang pejuang mungkin akan dikenang kerana darahnya yang tumpah, mungkin jua kerana jasanya yang melimpah, atau kerana semangatnya yang megah... Tidak kiralah apapun yang menjadikan seorang pejuang itu dikenang, biarlah kita sedar yang perjuangan paling besar adalah untuk memikul tanggungjawab yang tersandar di bahu kita semua. Jangan abaikan sekecil-kecil tanggungjawab biarpun tiada pujian yang melambung atau sanjungan yang menggunung. Kerana pujian dan sanjungan mungkin akan membunuh nilai perjuangan yang agung.