Rasional yang Mati...

Apa yg kamu katakan itu benar. Api lawannya bukan api. Peluru lawannya bukan peluru. Kezaliman balasannya bukan dendam. Maka kamu persoalkan tindakan membedil beberapa wilayah Zionis yg menatijahkan beberapa mangsa terkorban. Aduh, dunia kian melarat. Kamu katakan tindakan itu bukan yg sepatutnya, bukan yg rasional, bukan yg benar. Ya, kamu benar.

Tp sejenak fikirlah, mereka telah lama berputus asa dgn apa yg "sepatutnya" dan apa yg "rasional". Sepatutnya, pencerobohan yg berkurun lama berlangsung itu dihentikan oleh dunia, namun dunia masih membatu. Rasionalnya, sang penceroboh digelar pengganas antarabangsa, namun mereka tetap terus angkuh membunuh. Maka sang penderita sudah bergelojak akal mindanya, menanti janji dunia dikota, menanti sekelumit ehsan jiran tetangga. Rasional mereka mati tatkala remaja-remaja mula membaling batu ke arah kereta kebal seteru. Nampak bengap dan bebal, mungkinkah sekecil-kecil kerikil mampu menumbangkan sebesar-besar gergasi besi? Namun pada batu-batu itu mereka letakkan harapan dan doa kpd Tuhan, kalaulah hari ini Tuhan mahu tunjukkan kekuasaanNya, batu itu mampu menelanjangkan maruah penjajah.


Apa yg kamu persoalkan itu benar. Namun apa yg jauh lebih benar, kita yg membunuh kepercayaan mereka terhadap apa yg rasional dan apa yg sepatutnya.

Ini Perjuangan


Seorang lelaki yg bijak akan ckp mcm ni kalau dia terlupa ulangtahun perhubungan dengan teman wanitanya, ”Sejujurnya sy lupa bila hbgn ni bermula. Mungkin krna pd sy bagaimana ia bermula adlh x sepenting pengisiannya hari ini, dan x sepenting penghujungnya juga. Dan saya berharap hbgan ini tiada pghujungnya, till death do us apart”.

Dalam konteks perbincangan ni, sy setuju dgn maksud kata2 lelaki di atas, prmulaan tdk la sepenting pengisian dan pgakhiran. Cntoh plg mudah, kalau anda pgikut setia siri Adamaya, anda pasti tahu yg Adam dan Maya pada mulanya disatukn dgn desakan keluarga, dan bukannya perasaan cinta. Namun pengisiannya, kesabaran, perkongsian, tanggungjawab, dan natijahnya lahirlah Amani. Walaupun masih ada dugaan di pertengahan, namun resepi kebahagiaan td diteruskn oleh watak Adam, sehinggalah Maya sedar akan pengertian kehidupan berumah tangga yg sebenar.

Jgn dipandang remeh cntoh ini, sbb contoh sekecil-kecil ini boleh mngajar kita utk mentadbir sebesar-besar Negara Malaysia. Tidak kiralah kalau benarpun penubuhan Malaysia adalah agenda jahat freemason ataupun Yahudi laknatullah, pengisian dan penghujung riwayat Malaysia adlh tggjwb kita, RAKYAT Malaysia. Sy sgt brsetuju dgn pendapat saudara Nazmi di atas, bersyukur ialah kunci utama kehidupan kita sbg Muslim. Namun adakah syukur mghalang kita drpd utk terus brjuang? Adkh brsyukur mghalang kita drpd mngejar sesuatu yg lbh baik? Dan adkh brsyukur mghalang kita drpd mendambakn suasana pelaksanaan hukum Allah dgn lebih mnyeluruh di bumi Malaysia? Bunyinya ala2 sy anti-kerajaan, namun tidak, sy hanya seorang rakyat berumur 20 tahun yg memerhati dan memikirkn. Pihak yg tdk melaksanakn ajaran Allah adlh salah, dan pihak yg pd hari ini menuntut ajaran itu dilaksanakn secara mnyeluruh jg salah. Mengapa? Skdar menuntut tnpa berusaha promoting d beauty of Islam kpd seisi rakyat Malaysia adlh tndakan yg kurang waras. Bgaimana mahu islam diterima sekiranya kita mengkafirkn sesama sndiri, bgmana mahu Islam diterima apabila kita memfitnah sesama sendiri, bgaimana mahu Islam diterima apabila kita memaki hamun dan mncarut kpd saudara kita sndiri?

Suka sy memetik kata-kata saudara Ezam Md Noor sblm beliau mnyertai UMNO semula. “Kita berdosa kalau kita membiarkn kezaliman berlaku di sekeliling kita. Kita berdosa kalau kita x berjuang menentang orang yg mengambil duit kita. Kita berdosa kalau kita berdiam tanpa berbuat apa2”. Walaupun Ezam bukanlah tokoh kegemaran sy jika dibandingkn dengan Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tapi sy membenarkn kata-kata Ezam ini dgn sebenar-benarnya. Dan di sini sy sertakn sebab2 mngapa kita msih perlu brjuang.

1.     Kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwaraya. Kes ini melibatkn seorang pesalah dadah yg dijatuhi hukuman mati. Tertuduh melalui peguamnya telah membantah hukuman mati tersebut dengan alasan bahawa tertuduh ialah seorang Islam yg mendiami sebuah Negara Islam, dan di dalam ajaran Islam, tiada peruntukan hukuman mati bg kesalahan dadah. Hujah ini memberi tamparan hebat kepada sistem perundangan Negara. Hakim ketika itu juga membuat suatu keputusan yg tdk kurang kontroversinya apabila mengatakan bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tdk cukup utk mengatakan bahawa Malaysia ialah sebuah Negara Islam dan hukum Islam cuma trpakai bg isu rumah tangga dan pewarisan sahaja.

2.    Pemahaman politik mahasiswa di IPT sy katakn sgt bagus kerana aktif menonjolkan semangat perjuangan, sehinggakan bukan sahaja UIAM diterajui oleh pembangkang, malahan UPM dan UKM turut mengikut jejak langkah yg sama. Namun sy sedikit jelek dengan perjuangan pembangkang di universiti-universiti. Sibuk membangkang AUKU dan memperjuangkan kebebasan bersuara mahasiswa, namun isu asas yg melibatkn jati diri dan moral mahasiswa dibiarkn sepi. Apa pekembangan perjuangan bg melawan jenayah buang bayi dlm klgan mahasiswa? Apa perkembangan perjuangan bg menyatupadukan 3 kaum dominan di IPT? Berani sy katakn, tiada perkembangan !


Sy berikn 2 sahaja sebab utk kita sm2 mula berfikir. Sy x trtarik utk mnyentuh isu hangat sprti Bersih atau Lynas kerana ia dah pun dipandang hangat oleh anda. Namun sy kira 2 isu di atas lebih hangat namun telah dibekukan oleh mentaliti orang kita. Kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim, “ Apa guna digenggam bara, apa guna ada suara, apa guna ada tenaga, jika yg jitu tdk dibela, terus si jahil bermaharaja lela. Tidak minggu ini, minggu depan. Tidak bulan ini, bulan depan. Tidak tahun ini, tahun depan. Lawan tetap lawan !” Namun jgn diabaikn nilai moral, kejujuran dan kesabaran dalam kita mengatur strategi perjuangan. Suka sy memetik respon Pak Lah apabila beliau dihentam oleh banyak pihak lantaran kerapuhan kerajaan beliau beberapa tahun yg lepas, “ Biaq pi la depa nak kata apa. Depa xtau apa yg saya rasa”. Kita jgn cepat melatah, kerana latahan kita mungkin membantutkn perjuangan yg sebenar.

Perjuangan seorang pejuang...

            Seorang pejuang mungkin akan dikenang kerana darahnya yang tumpah, mungkin jua kerana jasanya yang melimpah, atau kerana semangatnya yang megah... Tidak kiralah apapun yang menjadikan seorang pejuang itu dikenang, biarlah kita sedar yang perjuangan paling besar adalah untuk memikul tanggungjawab yang tersandar di bahu kita semua. Jangan abaikan sekecil-kecil tanggungjawab biarpun tiada pujian yang melambung atau sanjungan yang menggunung. Kerana pujian dan sanjungan mungkin akan membunuh nilai perjuangan yang agung.

SKRIP DRAMA “GANGSTER RAYA”
[Plot di ruang tamu rumah Malik.]
Ajib      :           Malik, biskut raya apa macam?
Malik    :           Almond London sudah habis bro. Yang tinggal, tat nenas ngan semperit. Makan la bro, ni artis yang buat ni.
Ajib      :           Sape bro?
Malik    :           Artis favourite aku la.
Ajib      :           Ye la.. Ramai yang lu minat. Zaiton Sameon, Wan Maimunah, semua lu minat.
Malik    :           Ala, Dafi..” Tak sengaja lewat datang rumahmu”.
[Shark tiba2 masuk]
Shark    :           Wa, abang besar balik raya ma. Gua ingat lu sudah meninggal.
Malik    :           Shark, apa cita?
Shark    :           Lu Tanya gua apa cita? Lu ingat ni telenovela ka apa? Gua sekarang taiko. Gua tak Kira, lu abang long ka, lu ayahanda ka, ini kampong gua pegang, gua punya. Sekarang Lu sama lu punya anjing kasi sembah sama gua.
Malik    :           Aku taat pada yang satu. Allah, cuma Allah. Tapi Shark, ini raya lu jangan bikin kecoh ma, kita kira kawtim, 0-0 ma.
Shark    :           Kenapa? Lu goyang sama gua?
Ajib      :           Hey, Shark! Lu mau sembang serupa ini bangsat, lu sembang sama gua ma. Nanti
                        Gua kasi kena gua punya sengat ar.
[Malik dan Shark freeze. Ajib menghadap penonton.]
Ajib      :           Pesanan khidmat masyarakat : “Perkataan ‘bangsat’ merupakan perkataan kesat dan Kasar yang tidak harus kita gunakan dalam kehidupan seharian. Ye la, nak jadi  gangster pun agak2 la der. Kita ada agama, kita ada budaya. Zamri Rockers pun boleh tengok Oasis. Ingat orang yang tersayang, anda mampu mengubahnya. Mawi pun ada cakap dalam Jin Notti, nak jadi gangster, jadi la gangster yang ada prinsip. Sekian, pesanan dari saya, renung-renungkan dan selamat beramal.”           
[Kembali kepada asal.]
Malik    :           Ajib, Shark, ni hari raya, hari kemenangan, hari kita rapatkan silaturahim. Lu duk  Dulu, gua nak buat air jap. Jangan risau, xde alcohol. Shark, aku bagi kau dua pilihan.  Kau nak teh epal ke teh strawberi?
Shark    :           Ini macam la. Gua nak teh strawberi. Ni lagi satu gua mau pesan sama lu Malik, kalau buat teh uncang, air mau betul2 mendidih ma. Kalau tak, tak jadi ma.
[Malik berlalu ke dapur. Tinggal Ajib dan Shark di ruang tamu. Shark asyik merenung ang pau duit raya Malik yang ada di atas meja.]
Ajib      :           Lu datang sini apa mau?
Shark    :           Itu ang pau Malik kan? Gua mau duit raya Malik. Gua mau itu budak punya duit raya ini hari juga.
Ajib      :           Hey, Shark. Lu rembat duit raya Malik, gua rembat duit raya lu.
Shark    :           Lu menyalak sangat kuat, serupa anjing. Lu tau ka?
Ajib      :           Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam.
[Di luar rumah, kelihatan Mak Jemah yang berjubah dan bertudung menghampiri perkarangan rumah Malik.]
Mak Jemah        :           Syakir! Oh, Syakir. Kat sini kau rupanya. Mak dah cakap, raya2 ni Jangan buat hal. Kau degil. Ha, ni makan dia.
[Mak jemah merotan Shark@Syakir.]
[Mak jemah duduk di atas sofa. Memandang penonton...]
Mak Jemah        :           Ha,ni la anak-anak sekarang. Dengarlah wahai semua, kalau kita jadi  anak, hendak menjadi anak yang soleh, yang solehah mestilah...mestilah..mestilah...ha,semput..
Shark                :           Eh, mak..mak ok tak ni? Tak pe, biar Shark sambung apa mak nak cakap. Kalau kita...kalau kita....ha,semput jugak..
Mak Jemah        :           Hang perli ak na.. Xpa, x pa..
[Mak Jemah menangis..]                        
Shark                :           Aiya..nape mak nangis ni?
Mak Jemah        :           Hang tak yah nak duk cakap KL sangatlah dengan mak..mak lahirkan hang kat mana?
Shark                :           Nibong Tebel.
Mak Jemah        :           Kat mana?
Shark                :           Nibong Tebel.
Mak Jemah        :           Dah tu, jangan nak duk cakap KL sangat la. Mak sedih. Mak sedih tengok hang la. Perangai hang tu. Ada kawan, buat macam musuh pulak. Malek tu, bukan orang lain. Masa kecik-kecik dulu, dengan dia la hang duk tengok Boboi Boy tu. Ajib tu, beyblade dia, kereta tamiya dia la yang hang duk pinjam. La ni, hang buat pasai dengan depa. Mak tak lama dah nak hidup, mak nak anak mak jadi org bek, hak duk ada rasa sayang, hak duk hargai suma orang. Mak dulu pun ada, ada sorang kawan bek. Dia la abang, dia la kawan, dia la hak duk dengaq mak ngadu bila2 pak hang buat hal sebelum kahwin dulu. Mak rindu sangat kat dia. Abang Mail memang lain, dia tak sama macam orang len...
[Watak Jemah (muda) dan Mail muncul di pentas]
-Imbas kembali-
[Jemah sedang melipat kain, Mail berlari ke arahnya]
Mail      :           Jemah !
Jemah   :           La, abang mail? Ni awat duk lari2 sangat ni?
Mail      :           Je..je..jemah jangan la panggil abg Mail.
Jemah   :           Habis tu nak panggil apa?
Mail      :           Panggil Mail Lambung. Baru syok..
Jemah   :           Ooo..ok la abang Mail Lambung. Ni bang, Jemah duk risau pasal Abang Mamat tu, dia macam ada betina len la.
Mail      :           Mamm....Mammmmat tu dah buta ka?
Jemah   :           Awat Tanya lagu tu?
Mail      :           Kalau dia tak buta, dddd...dia bengap la. Se..se..sebab, tak dak dah pompuan lagi lawa dari aaa.aaa..adik abang ni.
Jemah   :           Memandai abang ni na. Saaaaaayang abang.
Mail      :           Abang pun saaaaayang jemah. Jemah, nak dukung.
[Watak Mak Bedah muncul..]
Mak Bedah        :           Dah..dah..Tak dak dukung-dukung heh. Meluat aku tengok hang ni. Dah la cacat, hitam pulak tu..Buat malu aku hang tau tak. Jemah, ikut mak. Esok     nak raya, jom kita pi borong baju raya.
Mail      :           Mmmmm.....mail nak ikut?
Mak Bedah        :           Apa? Hang nak buat malu ak ka?
Mail      :           Mmmmm.....mail tak pernah ada baju raya. Tahun ni mmmm...mail nak beli 1?
Mak bedah        :           Hang menjawab na. Menjawab lagi. Menjawab.
[Mak Bedah memukul Mail]
Jemah   :           Mak, dah la tu. Kesian abang. Mak pi siap-siap dulu, kata nak cepat. Jemah kemas2 sat na.
Mak Bedah        :           Kemas tu cepat la. Tak yah duk layan sangat si cacat tu.
[Mak Bedah berlalu.. Jemah menghampiri Mail yang sedang menangis]
Jemah   :           Abang tak yah nangis-nangis, Jemah ada duit sikit, nanti Jemah beli baju untuk abang. Abang nak warna apa?
Mail      :           Abang nak baju mmmmmm...macam arwah ayah, warna putih.
Jemah   :           Ok, nanti jemah beli warna putih metallic abang na. Abang duk elok-elok kat rumah, makan ubat tau nanti. Kalau tak makan ubat, macam mana nak sihat.
Mail      :           Jemah pi la cepat, mak tunggu tu.
Jemah   :           Ok, jemah pergi dulu, abang jaga diri na.
[Jemah berlalu dari situ]
[Sepeninggalan ibu dan adiknya, Mail bermonolog sendiri, meratap kehilangan arwah ayah yang sangat disayanginya]
Mail      :           Ayah...Ayah pi mana? Mail rrr...rindu ayah. Mak asyik pukul Mail. Mail tak tahan tau dak. Mail tau, mail bodoh, mail cacat, mail tak macam orang len. Tapi Mail ada hati ar, mail ada perasaan ar. Aaa... Aayah, awat ayah bohong mail? Dulu ayah habaq, mana-mana ayah pi, ayah nak bawak Mail. La ni, ayah pi sorang. Ayah tinggal Mail, Mail takut, Mail takut mak pukul Mail lagi. Mail sakit. Mail sayang ayah. Mail pun sayang mak. Tapi mak benci Mail, mak malu ada aaaa....anak mmmm..macam Mail. Mail sayang Jemah sangat-sangat. Dia ja hak duk main dengan Mail. Dia tak pukul Mail, dia suap Mail makan. Ayah... MMMM...Mail nak ikut ayah.. Ayahhhhh...
(Pengakhiran drama ini klise, sama seperti drama-drama untuk pementasan lain. Akhirnya watak Mail mati. Apabila Jemah dan Mak Bedah pulang ke rumah, mereka dapati jasad Mail sudah kaku. Jemah berlari ke arah Mail yang terbaring, menggoncang-goncang tubuh Mail dengan harapan abang kesayangannya itu bangun semula. Sedang Mak Bedah masih lagi memaki-hamun Mail dengan cacian cacat dan bodoh. “Eh, bodoh! Bangunlah!” Demikian ungkap mak Bedah setiap kali dia menendang tubuh Mail. Apabila dia sedar yang Mail sebenarnya sudah mati, air matanya mengalir, walaupun caci maki masih kedengaran sayu dari bibirnya, dan kakinya masih menendang lemah tubuh anaknya itu. Dimensi imbas kembali tamat... Syakir memohon maaf daripada ibunya. Sekarang barulah dia tahu sejarah yang tersirat di sebalik setiap titis air mata yang tumpah dari mata ibunya itu saban tahun apabila Aidilfitri menjelang. Klise.. sangat klise.. pengakhiran sebegini digarap begitu simplistik kerana bantuan props dan bunyi latar sangat terhad, lantas penulis memilih untuk menyampaikan emosi dengan cara yang mudah. Namun, klise atau tidak, simplistik atau rumit, mesejnya tetap dominan. Kehilangan yang Jemah alami adalah kehilangan biasa. Kehilangan yang menjadi lumrah hidup saya, anda, kita semua. Namun kehilangan Mak Bedah adalah kehilangan yang berdarah sehingga ke noktah hayatnya. Kerana hanya apabila insan yang disayanginya pergi, brulah hatinya terdetik untuk menghargai. Maka, hargailah mereka-mereka yang sudi menghiasi hari-hari kita selagi mereka masih ada. Kerana apabila mereka sudah pergi, hati, jiwa, nurani kita juga kan turut mati. Sekian..)
[Pementasan ditutup dengan OST Sepi dimainkan]

Raya & Merdeka



Dalam kembara menjejaki memoir terbilang                                         
Yang tercatat padanya rencana jerih perih                                          
Bapa dan bonda kita                                                                               
Merwarnakan ilustrasi wajah bangsa                                                  
Dengan rona makmur dan sentosa                                                              
Maka tercipta sebuah potret majmuk                                                 
Dari keringat dan kudrat yang termaktub                                                              
Duhai peribumi jati                                                                                 
Dengarkan simfoni lagu satria kita                                                              
Jangan lagi berulang kembali                                                                      
Mimpi silam yang ngeri                                                                                      
Kita berkubur di tanah sendiri                                                         
Pekik raung hanya bergema dalam keranda terkunci.                                                                                                                                                  

Namun masihkah kau mengerti?                                                                 
Benih-benih api bercambah lagi                                                                 
Cerita semerah padi tiba-tiba bererti                                                
Serakah dalam selimut sendiri                                                          
Mengundang derita hati ibu srikandi                                                  
                                                                                                                  
Aku lihat muda mudi tersungkur rebah                                                         
Dalam kamar malam yang kelam                                                                
Puaka dadah merasuk jiwa luhur                                                                
Di celahan lorong-lorong sepi                                                                    
Keimanan kian mandul                                                                            
Nafsu sisa nanah dan luka                                                                         
Anak-anak mentah usia itu merangkak lesu                                         
Mencari peta yang robak                                                                          
Sebagai  haluan di rimba kehidupan yang beransur reput                         
                                                                                                         
Di jalanan lakon layarnya serupa
Amarah dan nafsu jadi sahabat sepanjang masa
Dalam hiruk pikuk suasana
Kelajuan dipacu bersama ego di dada
Disertai sorak sorai penonton setia
Yang menang dijulang yang kalah ditendang
Selesai di litar , ke hotel dibugar.
         
Kita bukan pelacur hina                                                                           
Menjual dara untuk hidup sementara cuma                                          
Kita bukan pencanai dusta                                                                        
Mengadu domba dalam nawaitu entah apa-apa                                    
Kita bukan sapi yang bangga                                                                     
kerana susu lembu nama dijaja                                                                             
Kita adalah petani maju                                                                           
Menuai hasil yang masak ranum                                                                 
Kita adalah novelis cinta                                                                          
Merakam kasih pada bumi mulia                                                       
Kita adalah generasi madani                                                                     
Penggerak ummah berhati waja                                                                 
Penggerak bangsa kukuh perkasa                                                                
                                                                                                                  
Wahai seroja bangsaku                                                                             
Kita anak maruah atas nama megah                                                  
Usah biarkan peribadi tercela sehina orang bermukah                    
Kita ini benteng ampuh teluk muhibah                                                         
Memampan segala kelibat gelora ganas dan buas                                    
Hapuskan  durjana dadah yang kian mendabik dada                              
Kononnya penghancur pantai setia                                                              
Kelak kita menempa wijaya.   


P/S : Pengisian kemerdekaan akan tepat apabila smgt Ramadan kita angkat. Maka nikmat mnyambut ulangtahun kemerdekaan tahun ini sejurus selepas Ramadan berlalu prlu kita hayati hikmahnya. Puisi yg dinukil sekadar utk menempelak kita semua, setelah 54 tahun merdeka, anak bangsa kian lalai dlm mempertahankn nilai jati diri. Kembalilah kpd agama, insyaallah slmt kita semua. Kerana Islam itu bkn semata-mata agama, tp cara hidup yg menuntut pengamalan setiap masa, justeru berdakwahlah dlm setiap tindakan. Salam Lebaran, maaf zahir batin.. Salam kemerdekaan. =)