Dalam kembara menjejaki memoir terbilang
Yang tercatat padanya rencana jerih perih
Bapa dan bonda kita
Merwarnakan ilustrasi wajah bangsa
Dengan rona makmur dan sentosa
Maka tercipta sebuah potret majmuk
Dari keringat dan kudrat yang termaktub
Duhai peribumi jati
Dengarkan simfoni lagu satria kita
Jangan lagi berulang kembali
Mimpi silam yang ngeri
Kita berkubur di tanah sendiri
Pekik raung hanya bergema dalam keranda terkunci.
Namun masihkah kau mengerti?
Benih-benih api bercambah lagi
Cerita semerah padi tiba-tiba bererti
Serakah dalam selimut sendiri
Mengundang derita hati ibu srikandi
Aku lihat muda mudi tersungkur rebah
Dalam kamar malam yang kelam
Puaka dadah merasuk jiwa luhur
Di celahan lorong-lorong sepi
Keimanan kian mandul
Nafsu sisa nanah dan luka
Anak-anak mentah usia itu merangkak lesu
Mencari peta yang robak
Sebagai haluan di rimba kehidupan yang beransur reput
Di jalanan lakon layarnya serupa
Amarah dan nafsu jadi sahabat sepanjang masa
Dalam hiruk pikuk suasana
Kelajuan dipacu bersama ego di dada
Disertai sorak sorai penonton setia
Yang menang dijulang yang kalah ditendang
Selesai di litar , ke hotel dibugar.
Kita bukan pelacur hina
Menjual dara untuk hidup sementara cuma
Kita bukan pencanai dusta
Mengadu domba dalam nawaitu entah apa-apa
Kita bukan sapi yang bangga
kerana susu lembu nama dijaja
Kita adalah petani maju
Menuai hasil yang masak ranum
Kita adalah novelis cinta
Merakam kasih pada bumi mulia
Kita adalah generasi madani
Penggerak ummah berhati waja
Penggerak bangsa kukuh perkasa
Wahai seroja bangsaku
Kita anak maruah atas nama megah
Usah biarkan peribadi tercela sehina orang bermukah
Kita ini benteng ampuh teluk muhibah
Memampan segala kelibat gelora ganas dan buas
Hapuskan durjana dadah yang kian mendabik dada
Kononnya penghancur pantai setia
Kelak kita menempa wijaya. P/S : Pengisian kemerdekaan akan tepat apabila smgt Ramadan kita angkat. Maka nikmat mnyambut ulangtahun kemerdekaan tahun ini sejurus selepas Ramadan berlalu prlu kita hayati hikmahnya. Puisi yg dinukil sekadar utk menempelak kita semua, setelah 54 tahun merdeka, anak bangsa kian lalai dlm mempertahankn nilai jati diri. Kembalilah kpd agama, insyaallah slmt kita semua. Kerana Islam itu bkn semata-mata agama, tp cara hidup yg menuntut pengamalan setiap masa, justeru berdakwahlah dlm setiap tindakan. Salam Lebaran, maaf zahir batin.. Salam kemerdekaan. =)
0 comments:
Post a Comment