Apa
yg kamu katakan itu benar. Api lawannya bukan api. Peluru lawannya bukan
peluru. Kezaliman balasannya bukan dendam. Maka kamu persoalkan tindakan
membedil beberapa wilayah Zionis yg menatijahkan beberapa mangsa terkorban.
Aduh, dunia kian melarat. Kamu katakan tindakan itu bukan yg sepatutnya, bukan
yg rasional, bukan yg benar. Ya, kamu benar.
Tp
sejenak fikirlah, mereka telah lama berputus asa dgn apa yg
"sepatutnya" dan apa yg "rasional". Sepatutnya,
pencerobohan yg berkurun lama berlangsung itu dihentikan oleh dunia, namun
dunia masih membatu. Rasionalnya, sang penceroboh digelar pengganas
antarabangsa, namun mereka tetap terus angkuh membunuh. Maka sang penderita
sudah bergelojak akal mindanya, menanti janji dunia dikota, menanti sekelumit
ehsan jiran tetangga. Rasional mereka mati tatkala remaja-remaja mula membaling
batu ke arah kereta kebal seteru. Nampak bengap dan bebal, mungkinkah
sekecil-kecil kerikil mampu menumbangkan sebesar-besar gergasi besi? Namun pada
batu-batu itu mereka letakkan harapan dan doa kpd Tuhan, kalaulah hari ini
Tuhan mahu tunjukkan kekuasaanNya, batu itu mampu menelanjangkan maruah
penjajah.
Apa
yg kamu persoalkan itu benar. Namun apa yg jauh lebih benar, kita yg membunuh
kepercayaan mereka terhadap apa yg rasional dan apa yg sepatutnya.
0 comments:
Post a Comment