Khabar dari Tronoh...


         Baru pulang dari bumi Tronoh, tempat terpasaknya bangunan2 gemilang, kebanggaan setiap mahasiswa yang bernaung di bawah lembayung alma mater UTP. Pergi berbekalkan sebuah beg, mampat isinya, pulang membawa seribu satu ilmu dan hikmah yang diperoleh sepanjang 5 hari berkampung di sana. Sayangnya, pasukan debat UKM gagal meloloskan diri ke peringkat suku akhir, terpaksa berpuas hati sekadar di tempat ketiga belas daripada 34 penyertaan IPTA, IPTS dan IPG seluruh negara. Kemenangan ke atas pasukan debat UUM, UNIRAZAK dan UPM gagal membantu pasukan UKM apabila ditundukkan lawan yang jauh lebih mentah dalam arena debat iaitu UNISZA, IPG Sultan Mizan dan UNIMAP. Di atas kertas, pasukan UKM adalah antara pasukan favourite bagi merangkul takhta juara Pertandingan Debat Perpaduan 2011, namun ternyata ramalan tidak menjanjikan kenyataan. Kerana pada asasnya, pasukan yang dibarisi pendebat-pendebat handalan ini gagal menterjemahkan hikmah seni perdebatan di dalam penghujahan mereka.

            Suka saya samakan seni perdebatan dengan seni persilatan. Cuma taruhannya bukanlah kekuatan fizikal, tetapi kebijaksanaan pemilihan kata dan penghuraian fakta serta daya penarik yang kita adunkan bersama. Dalam gelanggang persilatan, seni tari dan gerak jurus dilihat sebagai elemen yang melengkapkan setiap pergerakan dan langkah pesilat. Namun jika kita amati, matlamat asal seni tari dan gerak jurus tersebut direka adalah sebagai strategi istimewa ataupun strategi rahsia bagi mempertahankan diri. Sepanjang pertandingan, pasukan debat UKM mungkin terlalu asyik melangkah dengan seni tari dan gerak jurus mereka sehingga terlupa matlamat asas kedua-dua elemen itu direka. Makna katanya, mereka terlalu menekankan teknik-teknik serta penstrukturan perdebatan sehingga matlamat bagi memberi kefahaman kepada sidang dewan tentang konsep serta pembawaan usul mereka gagal dicapai. Contohnya, sewaktu bertempur dengan pasukan IPG Sultan Mizan, mereka terlalu asyik cuba menyempurnakan seni tari yang dimaksudkan sehingga terlupa untuk menghunus keris terhadap pihak lawan. Natijahnya, pasukan lawan yang masih mentah tidak memilih untuk menari dan melakukan jurus yang mereka sendiri kurang mahir menggunakannya, sebaliknya mengangkat pistol dan terus melepaskan tembakan. Nah, apabila wujud sahaja sedikit kecacatan dalam seni tari pasukan UKM, peluru itu tidak dapat dielak. Dalam bahasa mudah, pasukan IPG Sultan Mizan, walaupun tiada asas kes yang kukuh bagi melawan kes pasukan UKM (UKM bertindak sebagai kerajaan manakala IPG Sultan Mizan sebagai pembangkang) , mereka berjaya menimbulkan 1001 pertikaian yang akhirnya menimbulkan keraguan yang nyata di pundak ahli persidangan terhadap usul yang dibentangkan oleh pihak UKM. Konsekuensinya amat memeritkan apabila pasukan UKM yang berhujah dengan penuh gaya dan karisma terpaksa menelan hempedu kekalahan, dengan keputusan juri 2-1.

            Walaupun begitu, bukan kritikan demi kritikan yang harus dilemparkan, tetapi para pendebat yang membarisi pasukan UKM wajar mendapat pujian atas perjuangan yang telah dilalui bersama. Karisma mereka sebagai pendebat terbukti apabila ketiga-tiga mereka dipilih sebagai antara 20 pendebat terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.         

Bingkisan Buat Teman-Teman

Telah kita telusuri denai ini,
Ke muara Pencipta,
Mensyukuri sebuah kehidupan penuh makna,
Akal nurani bekalan bersama,
Sebelum kita temui noktah hujungnya.

Janganlah aku bersendiri hendaknya,
Meneruskan kembara insani,
Dalam sergahan dugaan maha getir,
Kuperlukan teman sejati,
Pembela kesucian amanat dan mandat ini,
Agar tidak aku tunduk pada ajakan dunia,
Yang laparkan maruah dan jati diri ummah.

Kulagukan senandung syukur,
Ukhwah ini kubela sentiasa,
Ikrar setia tersemat di dada,
Kuntum budimu semekar kudamba,
Kau sahabat seindah kurnia,
Penawar duka lara,penyeri senyum tawa,
Tiada madah bicara pujangga,
Untuk kunukilkan kasih dan rasa,
Tiada bait lirik keramat,
Untuk kulagukan cinta tersemat,
Di sudut hati dan jiwa ini,
Hanya doa pinta yang dapat kukirimkan,
Buat bingkisan tanda ingatan.



I love you MORE...

6.00 am.

                Seorang suami mengucup dahi isterinya ketika bangun daripada lena seraya berkata, “Alhamdulillah, I’m d luckiest guy, ever. Do u know why?”. Si isteri bertanya,”Why?” Suami menjawab dengan tersenyum, “ Coz when I open my eyes every morning, I see the most beautiful creature on Earth”. Sambil menyusun atur bantal dan selimut, si isteri menjawab,”Ada2 je abang ni. Sy bukan Katherine Haigl ke, Anne Hathaway ke, Jennifer Aniston ke.” “Tak penting apa yg dunia pandang, coz in our love, pandangan saya katakan that u r the one”, ujar si suami. Mereka berdua kemudiannya berlalu, menyiapkan diri untuk solat berjemaah. Kemudian, masing-masing akan begegas untuk melakukan rutin harian. Si suami akan membanting kudrat dan idea di tempat kerja, si isteri pula memerah tenaga di rumah, ditemani anak-anak yang menyerikan keluarga mereka.

6.00 pm.
                Si suami menjengah pintu rumah dengan wajah penuh kekusutan. Lesu saja langkahnya menuju ke dapur. “Abang dah balik? Tu sy ada buat teh epal, fveret abg kan.” Sapa si isteri yang memandang tepat ke arah dua biji cawan kaca di atas meja. “Terima kasih”, ringkas saja si suami membalas. Lalu dia mencapai salah satu cawan, dan meneguk teh epal yang tersedia. Sehingga titisan terakhir. Si isteri berhenti sebentar daripada kerjanya menghiris bawang tadi. Dia menarik kerusi lalu duduk betul-betul di hadapan suami kesayangannya itu. “Nampak letih je, bang. Kalah kes ke hari ni?” Sekadar bertanya, mungkin respon wajib apabila melihat seorang suami yang juga seorang peguam berwajah sedemikian. Perlahan, si isteri menghirup teh epal dari gelas kedua, bancuhannya sama, dari sebuah teko Correll, salah satu apparatus dari set peralatan dapur yang dihadiahkan oleh si suami pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. “Pppuuhhh..”Tidak semena-mena si isteri menyemburkan teh yang dibancuhnya sendiri. “Kelatnya..saya terlupa letak gula la,bang.. macam mane abg boleh habiskan teh tu? Kenapa tak bagitahu saya?” bebel si isteri sambil menatap cawan kosong si suami. “Abang penat kerja. Awak pun penat kat rumah, layan anak-anak, masak. Takkan abang tak boleh tahan sikit rasa kelat untuk comfort isteri abang”. “Comfort tak comfort la bang, teh tu dah tak manis, takkan nak ditelan jugak?” si isteri masih membebel. “Roses are red, violets are blue, sugar is sweet, but nothing compared to you”. Dalam kekusutan yang melanda wajahnya, si suami masih sempat mengukir senyuman buat isteri tercinta.

12.00 am.
                “Anak-anak macam mana hari ni?” Tanya si suami , sambil melabuhkan pinggul ke atas katil Lorenzo yang berlapikkan cadar bercorak ros putih itu.”Ok je. Afiff tu, cikgu dia kata makin cekap Matematik. Amanda pulak tak habis-habis ajak sy tengok DVD 27 Dresses tu. Entah apa la dia suka sangat dengan cerita tu. Minat kat Katherine Haigl la kot, menurun abang la ni”. Sambil tersenyum si suami menjawab,”Saya dah tak minat dia”. Mungkin agak terkejut dengan respon si suami itu, pantas si isteri bertanya, “Aik, sejak bila pulak ni?” Si suami merangkul tangan isterinya seraya berkata,”Sejak saya ada awak dalam hidup saya”. Si isteri tersenyum lebar, tenang rasa jiwa mendengar pengakuan suaminya itu. Dengan nada suara yang perlahan dia meluahkan syukurnya,”Bukan abang yg bertuah, tapi saya. Eventhough saya yang bertuah, tetap jugak buat teh kelat kan?haha.. sori ye, saya tak sengaja”. Belum sempat si isteri mengatur kata-kata seterusnya, si suami pantas memintas, “Nothing is perfect. That’s why pencils have erasers. And no one is perfect too. That’s why you have me and I have you.”





            Demikian gambaran kitaran hidup berkeluarga, dari pagi ke petang, dari petang ke malam. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudi membaca tulisan ini akan menganggap situasi yang saya gambarkan ini sekadar fantasi.”Mana ada suami macam tu, karut lah”. “Mana ada isteri nak confess dia bertuah kat suami dia”. Tapi fikir sejenak, dalam kehidupan takkan ada fantasi kalaulah kita semua sanggup berusaha sedaya mungkin untuk jadikan setiap impian kita itu realiti. Kecualilah kuasa Kame Hame Ha dalam kartun Dragon Ball dan kuasa bulan dalam Sailor Moon, itu fantasi sekadar hidangan untuk hiburan kita seawal usia kanak-kanak.=)

            Dalam setiap watak dan perwatakan, malah dalam setiap peralatan yang saya gunakan dalam gambaran situasi di atas, ada mesej yang ingin saya sampaikan. Namun biarlah anda interpretasikan mesej-mesej tersebut dengan dimensi pemikiran anda sendiri. Cuma satu mesej yang hendak saya bincangkan. Anak sulung yang sudah bersekolah menggambarkan usia perkahwinan yang melangkaui 7 tahun. Bermakna, perkahwinan tersebut telahpun melepasi ‘krisis 3 tahun’ atau ‘krisis 5 tahun’ yang telah dibincangkan dalam filem Killers, sebuah nukilan bergenre komedi romantis yang dibintangi oleh Ashton Kutcher dan Katherine Haigl. Mungkin anda akan mempersoalkan, mana mungkin kehangatan kasih sayang masih dirasai oleh sang suami selepas begitu lama berkahwin. Maka hayatilah serangkap lagi kata-kata si suami kepada isterinya, sambungan dari dialog di atas, 

            “Yeah, that’s why you have me and I have you. I love you now more than the 1st time we met. I love you now more than the time when I proposed you. Do you know why? Sebab once we’re married, maknanya tiada batasan antara kita. Dan bila mana tiada batasan antara seorang lelaki dan perempuan, tiada batasan jugak untuk cinta lahir dalam hati”. 

               Maka tulisan ini bukanlah pesanan yang terlalu awal buat anda yang berusia 17 tahun, 19 tahun, 20 tahun. Sekadar ingin mengutarakan idea yang kalaulah anda tidak berpacaran sekarang, jangan pernah rasa kekurangan atau kesepian. Sebab akan tiba satu waktu yang telah Allah tentukan dan Dia beri tanggungjawab kepada anda ketika itu untuk membenihkan rasa cinta dan kasih sayang sebanyak-banyaknya. Dan buat anda yang sudah berteman, tidak pernah terdetik untuk saya mengkritik hubungan anda mahupun menyatakan bahwa hubungan itu ada cacat celanya, Cuma saya berharap, jadilah pemimpin yang baik kepada setiap perhubungan, bukan pengikut yang patuh pada hubungan yang menyesatkan. Jangan biarkan anda dan orang tersayang anda leka, kerana kalaulah anda leka sekarang, mungkin apabila tanggungjawab itu datang, anda akan gagal memberi benih yang baik untuk kasih sayang. Maka dalam perhubungan, jadikan Dia yang pertama manakala dia yang kedua. Bukan mahu mengajar anda itu dan ini, sekadar menyempaikan pesan buat seisi pembaca dan diri penulis sendiri. Kerana saya juga pernah mempunyai hubungan yg saya ingin lanjutkan kepada hubungan yang mempunyai akad dan ikatan yg sah.  Namun benar kata Allah, “kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah jauh lebih besar.” =) Mungkin ada cacat cela yg banyak dalam perancangan saya itu, namun sejarah itu Allah datangkan untuk saya belajar mendepani hari muka dengan lebih berhikmah.


Makna Cinta

       "Aku cintakan jemari kamu,walau belum pernah aku meremasnya. Aku cintakan mata kamu, walau cuma seketika pernah aku menatapnya. Aku cintakan bibir kamu walau belum pernah aku mengucupnya. Aku cintakn kakimu, walau belum pernah aku melangkah seiring dengannya. Aku cintakan kelebihan yang ada pada dirimu, walau belum sempat aku mengenali kesemuanya. Aku cintakan kekurangan yang memberi rencah kehidupanmu, dan aku tahu kekurangan itu tidak pernah mencacatkan peribadimu yang sempurna. Aku cintakan namamu itu, sehingga aku kasihi setiap perkara yang engkau miliki.."