Perjuangan seorang pejuang...
SKRIP DRAMA “GANGSTER RAYA”
[Plot di ruang tamu rumah Malik.]
Ajib : Malik, biskut raya apa macam?
Malik : Almond London sudah habis bro. Yang tinggal, tat nenas ngan semperit. Makan la bro, ni artis yang buat ni.
Ajib : Sape bro?
Malik : Artis favourite aku la.
Ajib : Ye la.. Ramai yang lu minat. Zaiton Sameon, Wan Maimunah, semua lu minat.
Malik : Ala, Dafi..” Tak sengaja lewat datang rumahmu”.
[Shark tiba2 masuk]
Shark : Wa, abang besar balik raya ma. Gua ingat lu sudah meninggal.
Malik : Shark, apa cita?
Shark : Lu Tanya gua apa cita? Lu ingat ni telenovela ka apa? Gua sekarang taiko. Gua tak Kira, lu abang long ka, lu ayahanda ka, ini kampong gua pegang, gua punya. Sekarang Lu sama lu punya anjing kasi sembah sama gua.
Malik : Aku taat pada yang satu. Allah, cuma Allah. Tapi Shark, ini raya lu jangan bikin kecoh ma, kita kira kawtim, 0-0 ma.
Shark : Kenapa? Lu goyang sama gua?
Ajib : Hey, Shark! Lu mau sembang serupa ini bangsat, lu sembang sama gua ma. Nanti
Gua kasi kena gua punya sengat ar.
[Malik dan Shark freeze. Ajib menghadap penonton.]
Ajib : Pesanan khidmat masyarakat : “Perkataan ‘bangsat’ merupakan perkataan kesat dan Kasar yang tidak harus kita gunakan dalam kehidupan seharian. Ye la, nak jadi gangster pun agak2 la der. Kita ada agama, kita ada budaya. Zamri Rockers pun boleh tengok Oasis. Ingat orang yang tersayang, anda mampu mengubahnya. Mawi pun ada cakap dalam Jin Notti, nak jadi gangster, jadi la gangster yang ada prinsip. Sekian, pesanan dari saya, renung-renungkan dan selamat beramal.”
[Kembali kepada asal.]
Malik : Ajib, Shark, ni hari raya, hari kemenangan, hari kita rapatkan silaturahim. Lu duk Dulu, gua nak buat air jap. Jangan risau, xde alcohol. Shark, aku bagi kau dua pilihan. Kau nak teh epal ke teh strawberi?
Shark : Ini macam la. Gua nak teh strawberi. Ni lagi satu gua mau pesan sama lu Malik, kalau buat teh uncang, air mau betul2 mendidih ma. Kalau tak, tak jadi ma.
[Malik berlalu ke dapur. Tinggal Ajib dan Shark di ruang tamu. Shark asyik merenung ang pau duit raya Malik yang ada di atas meja.]
Ajib : Lu datang sini apa mau?
Shark : Itu ang pau Malik kan? Gua mau duit raya Malik. Gua mau itu budak punya duit raya ini hari juga.
Ajib : Hey, Shark. Lu rembat duit raya Malik, gua rembat duit raya lu.
Shark : Lu menyalak sangat kuat, serupa anjing. Lu tau ka?
Ajib : Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam.
[Di luar rumah, kelihatan Mak Jemah yang berjubah dan bertudung menghampiri perkarangan rumah Malik.]
Mak Jemah : Syakir! Oh, Syakir. Kat sini kau rupanya. Mak dah cakap, raya2 ni Jangan buat hal. Kau degil. Ha, ni makan dia.
[Mak jemah merotan Shark@Syakir.]
[Mak jemah duduk di atas sofa. Memandang penonton...]
Mak Jemah : Ha,ni la anak-anak sekarang. Dengarlah wahai semua, kalau kita jadi anak, hendak menjadi anak yang soleh, yang solehah mestilah...mestilah..mestilah...ha,semput..
Shark : Eh, mak..mak ok tak ni? Tak pe, biar Shark sambung apa mak nak cakap. Kalau kita...kalau kita....ha,semput jugak..
Mak Jemah : Hang perli ak na.. Xpa, x pa..
[Mak Jemah menangis..]
Shark : Aiya..nape mak nangis ni?
Mak Jemah : Hang tak yah nak duk cakap KL sangatlah dengan mak..mak lahirkan hang kat mana?
Shark : Nibong Tebel.
Mak Jemah : Kat mana?
Shark : Nibong Tebel.
Mak Jemah : Dah tu, jangan nak duk cakap KL sangat la. Mak sedih. Mak sedih tengok hang la. Perangai hang tu. Ada kawan, buat macam musuh pulak. Malek tu, bukan orang lain. Masa kecik-kecik dulu, dengan dia la hang duk tengok Boboi Boy tu. Ajib tu, beyblade dia, kereta tamiya dia la yang hang duk pinjam. La ni, hang buat pasai dengan depa. Mak tak lama dah nak hidup, mak nak anak mak jadi org bek, hak duk ada rasa sayang, hak duk hargai suma orang. Mak dulu pun ada, ada sorang kawan bek. Dia la abang, dia la kawan, dia la hak duk dengaq mak ngadu bila2 pak hang buat hal sebelum kahwin dulu. Mak rindu sangat kat dia. Abang Mail memang lain, dia tak sama macam orang len...
[Watak Jemah (muda) dan Mail muncul di pentas]
-Imbas kembali-
[Jemah sedang melipat kain, Mail berlari ke arahnya]
Mail : Jemah !
Jemah : La, abang mail? Ni awat duk lari2 sangat ni?
Mail : Je..je..jemah jangan la panggil abg Mail.
Jemah : Habis tu nak panggil apa?
Mail : Panggil Mail Lambung. Baru syok..
Jemah : Ooo..ok la abang Mail Lambung. Ni bang, Jemah duk risau pasal Abang Mamat tu, dia macam ada betina len la.
Mail : Mamm....Mammmmat tu dah buta ka?
Jemah : Awat Tanya lagu tu?
Mail : Kalau dia tak buta, dddd...dia bengap la. Se..se..sebab, tak dak dah pompuan lagi lawa dari aaa.aaa..adik abang ni.
Jemah : Memandai abang ni na. Saaaaaayang abang.
Mail : Abang pun saaaaayang jemah. Jemah, nak dukung.
[Watak Mak Bedah muncul..]
Mak Bedah : Dah..dah..Tak dak dukung-dukung heh. Meluat aku tengok hang ni. Dah la cacat, hitam pulak tu..Buat malu aku hang tau tak. Jemah, ikut mak. Esok nak raya, jom kita pi borong baju raya.
Mail : Mmmmm.....mail nak ikut?
Mak Bedah : Apa? Hang nak buat malu ak ka?
Mail : Mmmmm.....mail tak pernah ada baju raya. Tahun ni mmmm...mail nak beli 1?
Mak bedah : Hang menjawab na. Menjawab lagi. Menjawab.
[Mak Bedah memukul Mail]
Jemah : Mak, dah la tu. Kesian abang. Mak pi siap-siap dulu, kata nak cepat. Jemah kemas2 sat na.
Mak Bedah : Kemas tu cepat la. Tak yah duk layan sangat si cacat tu.
[Mak Bedah berlalu.. Jemah menghampiri Mail yang sedang menangis]
Jemah : Abang tak yah nangis-nangis, Jemah ada duit sikit, nanti Jemah beli baju untuk abang. Abang nak warna apa?
Mail : Abang nak baju mmmmmm...macam arwah ayah, warna putih.
Jemah : Ok, nanti jemah beli warna putih metallic abang na. Abang duk elok-elok kat rumah, makan ubat tau nanti. Kalau tak makan ubat, macam mana nak sihat.
Mail : Jemah pi la cepat, mak tunggu tu.
Jemah : Ok, jemah pergi dulu, abang jaga diri na.
[Jemah berlalu dari situ]
[Sepeninggalan ibu dan adiknya, Mail bermonolog sendiri, meratap kehilangan arwah ayah yang sangat disayanginya]
Mail : Ayah...Ayah pi mana? Mail rrr...rindu ayah. Mak asyik pukul Mail. Mail tak tahan tau dak. Mail tau, mail bodoh, mail cacat, mail tak macam orang len. Tapi Mail ada hati ar, mail ada perasaan ar. Aaa... Aayah, awat ayah bohong mail? Dulu ayah habaq, mana-mana ayah pi, ayah nak bawak Mail. La ni, ayah pi sorang. Ayah tinggal Mail, Mail takut, Mail takut mak pukul Mail lagi. Mail sakit. Mail sayang ayah. Mail pun sayang mak. Tapi mak benci Mail, mak malu ada aaaa....anak mmmm..macam Mail. Mail sayang Jemah sangat-sangat. Dia ja hak duk main dengan Mail. Dia tak pukul Mail, dia suap Mail makan. Ayah... MMMM...Mail nak ikut ayah.. Ayahhhhh...
(Pengakhiran drama ini klise, sama seperti drama-drama untuk pementasan lain. Akhirnya watak Mail mati. Apabila Jemah dan Mak Bedah pulang ke rumah, mereka dapati jasad Mail sudah kaku. Jemah berlari ke arah Mail yang terbaring, menggoncang-goncang tubuh Mail dengan harapan abang kesayangannya itu bangun semula. Sedang Mak Bedah masih lagi memaki-hamun Mail dengan cacian cacat dan bodoh. “Eh, bodoh! Bangunlah!” Demikian ungkap mak Bedah setiap kali dia menendang tubuh Mail. Apabila dia sedar yang Mail sebenarnya sudah mati, air matanya mengalir, walaupun caci maki masih kedengaran sayu dari bibirnya, dan kakinya masih menendang lemah tubuh anaknya itu. Dimensi imbas kembali tamat... Syakir memohon maaf daripada ibunya. Sekarang barulah dia tahu sejarah yang tersirat di sebalik setiap titis air mata yang tumpah dari mata ibunya itu saban tahun apabila Aidilfitri menjelang. Klise.. sangat klise.. pengakhiran sebegini digarap begitu simplistik kerana bantuan props dan bunyi latar sangat terhad, lantas penulis memilih untuk menyampaikan emosi dengan cara yang mudah. Namun, klise atau tidak, simplistik atau rumit, mesejnya tetap dominan. Kehilangan yang Jemah alami adalah kehilangan biasa. Kehilangan yang menjadi lumrah hidup saya, anda, kita semua. Namun kehilangan Mak Bedah adalah kehilangan yang berdarah sehingga ke noktah hayatnya. Kerana hanya apabila insan yang disayanginya pergi, brulah hatinya terdetik untuk menghargai. Maka, hargailah mereka-mereka yang sudi menghiasi hari-hari kita selagi mereka masih ada. Kerana apabila mereka sudah pergi, hati, jiwa, nurani kita juga kan turut mati. Sekian..)
[Pementasan ditutup dengan OST Sepi dimainkan]
Raya & Merdeka
Dalam kembara menjejaki memoir terbilang
Yang tercatat padanya rencana jerih perih
Bapa dan bonda kita
Merwarnakan ilustrasi wajah bangsa
Dengan rona makmur dan sentosa
Maka tercipta sebuah potret majmuk
Dari keringat dan kudrat yang termaktub
Duhai peribumi jati
Dengarkan simfoni lagu satria kita
Jangan lagi berulang kembali
Mimpi silam yang ngeri
Kita berkubur di tanah sendiri
Pekik raung hanya bergema dalam keranda terkunci.
Namun masihkah kau mengerti?
Benih-benih api bercambah lagi
Cerita semerah padi tiba-tiba bererti
Serakah dalam selimut sendiri
Mengundang derita hati ibu srikandi
Aku lihat muda mudi tersungkur rebah
Dalam kamar malam yang kelam
Puaka dadah merasuk jiwa luhur
Di celahan lorong-lorong sepi
Keimanan kian mandul
Nafsu sisa nanah dan luka
Anak-anak mentah usia itu merangkak lesu
Mencari peta yang robak
Sebagai haluan di rimba kehidupan yang beransur reput
Di jalanan lakon layarnya serupa
Amarah dan nafsu jadi sahabat sepanjang masa
Dalam hiruk pikuk suasana
Kelajuan dipacu bersama ego di dada
Disertai sorak sorai penonton setia
Yang menang dijulang yang kalah ditendang
Selesai di litar , ke hotel dibugar.
Kita bukan pelacur hina
Menjual dara untuk hidup sementara cuma
Kita bukan pencanai dusta
Mengadu domba dalam nawaitu entah apa-apa
Kita bukan sapi yang bangga
kerana susu lembu nama dijaja
Kita adalah petani maju
Menuai hasil yang masak ranum
Kita adalah novelis cinta
Merakam kasih pada bumi mulia
Kita adalah generasi madani
Penggerak ummah berhati waja
Penggerak bangsa kukuh perkasa
Wahai seroja bangsaku
Kita anak maruah atas nama megah
Usah biarkan peribadi tercela sehina orang bermukah
Kita ini benteng ampuh teluk muhibah
Memampan segala kelibat gelora ganas dan buas
Hapuskan durjana dadah yang kian mendabik dada
Kononnya penghancur pantai setia
Kelak kita menempa wijaya. P/S : Pengisian kemerdekaan akan tepat apabila smgt Ramadan kita angkat. Maka nikmat mnyambut ulangtahun kemerdekaan tahun ini sejurus selepas Ramadan berlalu prlu kita hayati hikmahnya. Puisi yg dinukil sekadar utk menempelak kita semua, setelah 54 tahun merdeka, anak bangsa kian lalai dlm mempertahankn nilai jati diri. Kembalilah kpd agama, insyaallah slmt kita semua. Kerana Islam itu bkn semata-mata agama, tp cara hidup yg menuntut pengamalan setiap masa, justeru berdakwahlah dlm setiap tindakan. Salam Lebaran, maaf zahir batin.. Salam kemerdekaan. =)
Hadiah Terindah...
Umumnya, 1 kajian menunjukkan kaum lelaki cenderung menggemari hadiah2 yg boleh dilihat oleh orang2 sekeliling. Such as belt, t-shirt, topi n ape2 je la yg bertemakan “menang memakai”. Whereas, kaum hawa plk lebih appreciate pemberian hasil karya si pemberi, or in simple language, buatan tangan si pemberi. Misalnya, sorg lelaki menghadiahi gf dia sebiji kek blackforest. Tp bukan hadiah2 jenis tu yg nak sy tonjolkan. Tp ‘hadiah terindah’ yg sy mksudkn x lain x bukan, TEGURAN. Kenapa teguran tu sy analogikn as hadiah terindah? Sbb paling agung adlh agama. Pemahaman asas agama Islam adlh surah Al Fatihah. Kalau diperhatikn, dlm ayat kelima atau ada sesetengah pendapat mnyebut ayat ni sebagai ayat keenam surah Alfatihah, Allah gunakn kalimah “Ihdina” instead of “Ihdini”. Intipati ayat ni menerangkn betapa kita prlu mohon drpd Allah petunjuk, yakni jalan yg lurus. Jalan yg lurus without belok2 ni referring to hidayah la. N kalimah “Ihdina” yg brmaksud “kurniakan kami” mengajar kita betapa Allah nak hamba2 Dia dapat hidayah bersama2, bersama2 gi derak bak kata org klantan, di jalan yg lurus. Kejayaan bersama-sama ni datang bila mana kita sama2 brtindak as pencil n eraser. Nothing is perfect, that’s why pencils have erasers..=) Tp kita perlu take note, pemadam yg digesekkan trlalu kasar akn koyakkan kertas. Dah jd mslh lain. Maknanya, kalau teguran disampaikn dgn cara salah n x brhikmah, kita xkn dpt la “hadiah terindah”, sebaliknya kita wujudkn prgaduhan n permusuhan.
" Aku dah kata, tp kau degil”.
“Tu la, buat lagi benda bodoh. Orang cakap xnk dengar”.
“Kau x ptut buat macam tu, kau patut buat mcm ni........”
Ha, these are some examples bila mana teguran tu jd punca konflik, bkn pnyelesaian konflik. In short, “hadiah terindah” akan dtg pada masa yg tepat, dgn cara yg tepat. Analogi mudah, time raya mesti la nk hantar kad raya, xkn hantar kad wish Valentine. N Kalau kad raya tu nak disertakn dgn biskut raya, hantar la guna pos laju, kalau guna pos biasa x smpainye der..Tu di pihak si pemberi hadiah. Di pihak penerima hadiah pulak, normal la untuk kita rasa rimas, x selesa, nak marah, bila mula2 dapat teguran. Baik lelaki or pmpuan, lumrah manusia x suka ditegur. Kalau lelaki, dek kerana ego meninggi. Kalau perempuan, sbb dipengaruhi emosi. Tp part yg paling pnting adalah part minda n jiwa kita memproses teguran yg kita dapat tu. Ada org amek masa 10 minit je, ada orang even perlukn sehari utk kmbali normal. It’s ok, tp yg penting, kita hrgai tguran yg kita dpt. Hargai ni maksudnya bkn mcm kita hrgai pmberian hadiah org time birthday kita. Aisyah hargai hadiah Asyikin time befday dia, so time befday Asyikin plk, Aisyah pun bagi hadiah. Hargai teguran bkn macam tu. Bila org tegur kita, bkn kita kn tegur balik. Tp amek teguran tu as motivasi or smgat utk sempurnakn diri n cara kita. Memang, falsafah dalam semerah Cinta Stilleto pun ada kata, “Dalam hidup ni xkn ada kesempurnaan, yg ada Cuma kebahagiaan”. Tp smpai bila kita nk hidup tnpa penambahbaikan? Hargailah setiap teguran, sbb teguran tu penyeri hati yg kita x sedar pun kesannya.
Last but not least, sy paling benci bila mana orang kata, “kau x layak nk tegur aku, kau x rasa apa yg aku rasa”. Jawapan sy senang je, kalau gitu la konsepnya, malaikat Atid pun x layak la utk catat keburukan manusia sbb dia x rasa apa yg manusia rasa, dia xde hawa nafsu, dia xde ego, dia xde emosi. Teguran ni boleh dtg dr siapa2 pun. Hargai la si pemberi teguran sbgmana Imam Ghazali hargai guru dia. Kisah Imam Ghazali ni mmg sy suka. Kisahnya, dlm suatu majlis ilmu, Imam Ghazali brhenti berucap, tb2 dia pegi peluk seorang yahudi. Sahabat tnya la Imam Ghazali, apa ke pelik engkau tb2 gi peluk yahudi hina ni? Mudah je jawapan Imam Al-Ghazali, “Dia adlh guruku”. N bila disoal lagi2, satu2nya ilmu yg Yahudi td ajar pd Imam Al-Ghazali cumalah cara nk membezakn anjing jantan dgn anjing betina. In a nutshell, treat setiap org yg bantu kita create jln hdup kita dgn layanan trbaik. Semakin rapat, kasih syg mesti semakin kuat. Bukannya bila kita semakin rapat dgn seorg sahabat, maknanya boleh hilang rs hormat.
9/11 : Lessons From a Tragedic 'Musibah'..
Thousands of people had just arrived at work in the heart of New York. Countless mothers, fathers, brothers, sisters, and children had said goodbye to their families just a short time before. But then, just in the twinkling of an eye, like a scene in a Hollywood blockbuster movie, two enormous explosions pulverised the Twin Towers of The World Trade Center. According to 9/11 commission, the September 11 was a series of committing suicide attacks by Al-Qaeda upon the United States of America. On that black letter morning, four commercial passenger jets took off and shortly after the pilots were ordered to land at a designated airport with a military presence. The 19 freedom fighters who hijacked those commercial passenger jet airliners intentionally crashed two of the airliners into the twin towers. The Pentagon was crashed by the third airliner, while the fourth airliner crashed in a field after it was directed towards Washington. Those towers disintegrated in a volcanic eruption of dust and rubble while the entire world watched in shock and awe on live television. Since there were no survivors from any of the flight, a total of 2,995 deaths, including the 19 hijackers and 2,976 victims were announced. The whole world expressed their heartfelt sorrow, horror and sent condolences to the American people. To respond to this terrible disaster, our former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamed expressed sadness, but urged the US government not to seek revenge. According to him, retaliation would lead to the deaths of many people and would be followed by more counter-strikes. However, the day after 9/11 illustrated more tremendous crisis.
First of all, the sadness and further impacts faced by American people and the nation itself. The damages to the Pentagon was cleared and repaired within a year, the rebuilding processes of WTC were completed in 2008, the economic hurts and scars had been recovered magnificently by current government of the US. Yet, psychological impacts in the aftermath of the attacks still heavily hurt thousands of people in New York City. Basically, people exposed to the 9/11 attacks and their aftermath might experience emotions such as fear, helplessness, or horror since the events include serious injuries and terrific death rate. Most people exposed to the WTC attack envisaged some signs of stress in the immediate and short-term aftermath of the event. This is a normal reaction that might disappear in a few weeks. Some people, however, continue to experience stress or their symptoms worsen, even years after the WTC attacks. The most common long term mental health conditions seen in those exposed to the traumatic events of 9/11 were post traumatic stress disorder (PTSD), depression and other disorders. A person can suffer from more than one of these conditions. People, who continue to experience stress for a long time after their exposure to the horrible tragedy or have stress that gets worse with time may suffer from Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) and shall consider seeking professional help. PTSD is an intense physical and emotional response to the thoughts. People who directly witnessed the WTC attacks and those who participated in the rescue and recovery efforts might be at increased risk for developing depression, with or without PTSD. Depression can be a disabling condition that affects many aspects of a person’s life. Therefore, the traumas become the long-term effect that the American should combat at the first place.
On the other hand, let us take a look on the huge impacts faced by Muslims. As I had mentioned before, the United States government determined that al-Qaeda, headed by Osama bin Laden, bore responsibility for the attacks, with the FBI stating that the evidence linking al-Qaeda and Osama bin Laden to the most terrible, shocking events taking place in the United States of America was clear and irrefutable. This foundation could be considered as the beginning of the end of the United States’ relationship with the Islamic world and Islam religion. They began to stereotype; All Muslims are terrorists. Their media unceasingly push stereotypes of Muslims which links them to terrorism in a way it doesn't do with other terrorists. There were many news reports talked about the relationship between Muslims and terrorism. It was a great upset for Muslims upon the claim that 98% of terrorist activities that occurred involved Muslims. Saddam Hussein, Idi Amin, Momar Gaddafi, Louis Farrakhan, Yasser Arafat, Dawood Ibrahim, Abu Nidal were named as the followers of Islam who enshrined the brutality of their crimes and terrorism. And now, Osama and Khalid were labelled as the new generation of freedom fighter who continued the legacy of “Islamic terror”. The great question accrued regarding this situation is, “When did you ever hear a news report which talked of the ‘Christian terrorist group, the IRA’ or the ‘Christian Basque terrorists in Spain?". The media had been very busy putting the blame on Muslims and critically highlighted the ‘barbaric activities’ of Islamic terrorists, thus they became too exhausted as they are unable to open their eyes and direct their sight to the atrocities of Ariel Sharron towards Palestinian. The main point here is, Muslims all around the world should not be blamed for the attacks made by those hijackers who claimed themselves as the faithful followers of Islam. According to Islam, murdering innocent people is a great sin that, unless forgiven by God, brings torment in Hell. Thus, a religious person who has fear of God can never commit such an act.
This stereotype, without any doubt, led to the arising of another unwanted crisis which is religion tension. The vivid images of the 9/11 hijackers are highly memorable and become linked in the West’s minds to all people of all nine hundred million Muslims all around the world. The chairman of the Council on American-Islamic Relations, Omar Ahmad, has quoted that a signal will be shown by the administration of US that Islam is a religion of peace and of tolerance to the Muslim community. This was actually his response towards a claim by Jerry Falwell who completed the demonization of Islam by smearing the prophet of Islam as a terrorist in his appearance in the CBS program "60 Minutes”. As a religion leader, he supposed to be very circumspect in the way he talked about 9/11 incident and about other religion. Almost everyone on the earth today is discussing Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him. People want to know, "Who was he exactly?", "What did he taught?", "Why was he loved so much by some and hated so much by others?", "Did he live up to his claims?", "Was he a holy man?", "Was he a prophet of God?", "What is the truth about this man - Muhammad?". Falwell has envisaged a false picture of Muhammad as he is in effect of cultivating hates and prejudices towards Muhammad and his teaching. His statement regarding this issue has sparked riots in India, helped religious parties win elections in Pakistan and undermined public sympathy in Islamic countries such as Afghanistan and Iraq for the US war on terrorism. It should be noticed that Muslim might come with another counter-response, and this would worsen the conflict between the West and Islam. In order to conclude this disputes, we need to keep in mind that, among those who were killed in Washington or New York, there were people who loved Jesus Christ (Christians), Prophet Moses (Jews) and Muslims. All the three Theistic religions command love, mercy and peace. Terror, on the other hand, is the opposite of religion; it is cruel, merciless and it demands bloodshed and misery. Therefore, we should cooperate rather than directing our fingers towards other religions.
Furthermore, shortly after the attacks, President George W. Bush visited a mosque and claimed that the US war on terrorism was not a war against Islam which he called a religion of peace. Bush spoke before the nation and highlighted that his administration had launched the war on terrorism for the purpose of bringing Osama Bin Laden and Al-Qaeda to the justice besides curbing other terrorists’ network. This led to the invasion of Afghanistan and Iraq. Afghanistan was said to be the “main campus” for the Al-Qaeda’s terrorists. Whereas, the stated purpose of the invasion of Iraq was to destroy a vast arsenal of weapons of mass destruction that the government of Saddam Hussein has created and might use. Besides, this invasion was to end the atrocities of Hussein’s government was committing against the people of Iraq. During the first few years after the 9/11 attacks, international support for an aggressive counter-response by the US roused high, however, as the years of the Bush administration seemed to run on without producing any of the promised results, international support for Bush administration policies seemed to wither away and to even turn antagonistic. Since the war did not end in 2003 and Bush was actually planning a fallacy, it continued with explosive arising of deaths both to Iraqis and to US troops. This war has not only provoked widespread anger, but it envisaged that Bush was willing to breach the laws just for revenge. When he urged Saddam Hussein and his sons to leave Iraq within 48 hours, he was in effect of breaching the United Declaration of Human Right (UDHR). One of the provisions of UDHR stated that no one shall be arbitrarily deprived of the right to enter his own country. Thus, it is illegal for Bush to use such forces towards the leader of Iraq.
In a nutshell, even though the attacks were happened more than eight years ago, we still can see the ripple effects of the 9/11 attacks in this world. Humanity is yet to obtain perfect mutual understanding between varieties of interconnecting societies that exist in this world. This lacks of understanding have given birth to numerous bloodsheds and tragedies which affect two significant parties, the west and the Islamic world. Bleak future waiting in front of today civilization if the dispute between these two party continue as if there is no end line for this global crisis. The Western world, especially the United State need to reject their stereotypes and prejudices toward Muslims, and speaks as objectively as possible about the situation in order to start new age of reconciliation between West and the Islamic world. To Muslims, wake up and support the spreading of "True Islam", which is a religion of love, friendship, peace and but, on the contrary, a measure serving the best interests of Islam. Our hope is that these measures will help the world to get rid of terrorism and all other bigoted, brutal, barbarous structures. 9/11 was the past; we should critically think about the future and let the wind of change blow away all the problems and polemics that took place before. Last but not least, have a blissful Ramadan n strive diligently to gain His forgiveness.
Bingkisan Ramadan...
Lama dah x mnulis..bkn sbb bulan puasa ni jari pun x larat nk brgerak, tp hati jd malas nk on9..xpe kan? asal jgn malas puasa n g terawih..=) 1st day puasa, tgk 1 dokumentari sal Palestin kat Oasis..trsentuh bila sorang kanak2 Palestin meraung cari mak ayah dia.. kita brpuasa n ada pluang brgembira bila brbuka..lg2 saya kalau tgk Moreh kat Oasis jgk, kul 7.30, weekdays..suka tgk Ayu Raudhah menggedik dgn Rusdi Ramli, n muka sepuluh sen Harun Salim Bachik, x lupa jgk King dlm KL Gangster (Ridzuan Hashim) dgn watak Tok Imam.. Slumber dek je. Hmm, kat Palestin tu, xdenye nk hepi, sahur dgn pluru, brbuka dgn bom. So utk tnda memperingati diorg, i would like to share a few baris pidato saya utk Pertandingan Pidato anjuran Kolej Tun Hussien Onn smester 2 yg lepas. cuba kita fikir, sejauh mana iman kita tumbuh, bila mana kita x mampu pun bela saudara2 kita kat sana...
"Tangis dan raung silih berganti, si kecil yang meratapi pemergian abi dan umi, si balu yang kehilangan seorang suami, si tua yang letih menunggu tibanya mati, namun jerih perih semuanya tiada bererti. Kerana nafsu zionis berserakah, bumi palestin menjadi merah, bermandikan darah dan nanah, pejuang setia yang mempertahankan jati diri dan maruah. Sedang kita hanya berpeluk tubuh membisu seribu bahasa, kita biarkan diri dicela agama dipersenda, kita pekakkan telinga kita butakan mata di saat saudara di sana meraung dan meronta, kita cacatkan segala pancaindera yang sempurna, hanya kerana takut ekonomi kita dijentik sang pemonopoli durjana.
Bangkitlah rakan kawan teman sahabat, bangun sederap mara sepakat, berpimpin tangan menggenggam erat, kita satukan semangat tuah dan jebat, kita bina kukuh rumpun muafakat, kita adun resipi bangsa terhebat, kita julang laungan jihad keramat, kita usir penjajah Israel yang jahat, agar umat Palestin tidak lagi melarat dan merempat."
Khabar dari Tronoh...
Baru pulang dari bumi Tronoh, tempat terpasaknya bangunan2 gemilang, kebanggaan setiap mahasiswa yang bernaung di bawah lembayung alma mater UTP. Pergi berbekalkan sebuah beg, mampat isinya, pulang membawa seribu satu ilmu dan hikmah yang diperoleh sepanjang 5 hari berkampung di sana. Sayangnya, pasukan debat UKM gagal meloloskan diri ke peringkat suku akhir, terpaksa berpuas hati sekadar di tempat ketiga belas daripada 34 penyertaan IPTA, IPTS dan IPG seluruh negara. Kemenangan ke atas pasukan debat UUM, UNIRAZAK dan UPM gagal membantu pasukan UKM apabila ditundukkan lawan yang jauh lebih mentah dalam arena debat iaitu UNISZA, IPG Sultan Mizan dan UNIMAP. Di atas kertas, pasukan UKM adalah antara pasukan favourite bagi merangkul takhta juara Pertandingan Debat Perpaduan 2011, namun ternyata ramalan tidak menjanjikan kenyataan. Kerana pada asasnya, pasukan yang dibarisi pendebat-pendebat handalan ini gagal menterjemahkan hikmah seni perdebatan di dalam penghujahan mereka.
Suka saya samakan seni perdebatan dengan seni persilatan. Cuma taruhannya bukanlah kekuatan fizikal, tetapi kebijaksanaan pemilihan kata dan penghuraian fakta serta daya penarik yang kita adunkan bersama. Dalam gelanggang persilatan, seni tari dan gerak jurus dilihat sebagai elemen yang melengkapkan setiap pergerakan dan langkah pesilat. Namun jika kita amati, matlamat asal seni tari dan gerak jurus tersebut direka adalah sebagai strategi istimewa ataupun strategi rahsia bagi mempertahankan diri. Sepanjang pertandingan, pasukan debat UKM mungkin terlalu asyik melangkah dengan seni tari dan gerak jurus mereka sehingga terlupa matlamat asas kedua-dua elemen itu direka. Makna katanya, mereka terlalu menekankan teknik-teknik serta penstrukturan perdebatan sehingga matlamat bagi memberi kefahaman kepada sidang dewan tentang konsep serta pembawaan usul mereka gagal dicapai. Contohnya, sewaktu bertempur dengan pasukan IPG Sultan Mizan, mereka terlalu asyik cuba menyempurnakan seni tari yang dimaksudkan sehingga terlupa untuk menghunus keris terhadap pihak lawan. Natijahnya, pasukan lawan yang masih mentah tidak memilih untuk menari dan melakukan jurus yang mereka sendiri kurang mahir menggunakannya, sebaliknya mengangkat pistol dan terus melepaskan tembakan. Nah, apabila wujud sahaja sedikit kecacatan dalam seni tari pasukan UKM, peluru itu tidak dapat dielak. Dalam bahasa mudah, pasukan IPG Sultan Mizan, walaupun tiada asas kes yang kukuh bagi melawan kes pasukan UKM (UKM bertindak sebagai kerajaan manakala IPG Sultan Mizan sebagai pembangkang) , mereka berjaya menimbulkan 1001 pertikaian yang akhirnya menimbulkan keraguan yang nyata di pundak ahli persidangan terhadap usul yang dibentangkan oleh pihak UKM. Konsekuensinya amat memeritkan apabila pasukan UKM yang berhujah dengan penuh gaya dan karisma terpaksa menelan hempedu kekalahan, dengan keputusan juri 2-1.
Subscribe to:
Posts (Atom)